Saturday, December 18, 2010

Terima Kasih Atas MRT Sg. Buloh - Kajang

Terima kasih teman ucapkan kepada PM atas pelancaran projek MRT sepanjang 60km dari Sg. Buloh ke Kajang yang melibatkan 35 buah stesen. Ini projek prasarana rel ringan yang ketiga untuk Lembah Klang. Yang terakhir siap, mula beroperasi 12 tahun lalu.

Projek ini akan mula dibina pada bulan Julai 2011.

Namun, kita tetap berharap agar Pulau Pinang juga dilengkapi sistem ini. Tetapi penduduk Pulau Pinang dilihat menolak pembangunan dari tangan Barisan Nasional buat masa ini.

Penduduk Johor Bahru juga akan mempunyai MRT yang menghubungkan bandaraya tersebut dengan Singapura pada masa depan. Seberapa depan, kita belum tahu.

Cuma, alangkah bagusnya sekiranya kerajaan pusat dapat menambah lagi rangkaian keretapi konvensional yang selama ini dihidupkan atas jajaran yang disediakan British.

Contohnya membina landasan keretapi yang menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu melalui negara Brunei.

Projek ini mungkin dilihat sebagai merepek tetapi dalam sebuah negara maju, memang penuh dengan berbagai unsur yang merepek-repek.

Apapun, akhirnya, pembangunan rel transit ketiga di Lembah Klang ini terlaksana. Terima kasih.

Barisan Nasional Lalai Dalam Satu Perkara

Sebagai pemerintah yang mengharapkan momentum kemenangan dari orang muda, meletakkan muka yang tua-tua dalam kabinet adalah tidak wajar langsung, malah tidak berkesan.

Mereka boleh menjadi Naib Presiden dan jawatan tinggi-tinggi dalam parti sekalipun, tetapi untuk menjalankan kerja yang perlu mendasari hati kehendak rakyat yang piramid demografinya dipenuhi orang muda, bukanlah orang-orang tua yang pasti tak sebulu tentang itu ini.

Apa pula kapasiti Rais Yatim semasa dilantik Menteri Penerangan kali pertama pada tahun 1984? Ketika itu dia berumur 42 tahun. Hari ini, tiadakah pemimpin muda dalam lingkungan itu sesuai menjawat portfolio sepenting itu?

Pada tahun 1979, Samy Vellu mula menjawat Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan pada usia 43 tahun. Lim Keng Yaik menjadi Meneri Perusahaan Utama pada tahun 1986 pada usia 47 tahun. Ling Ling Sik juga dilantik Menteri Pengangkutan pada tahun 1986 pada usia 43 tahun.

Senario hari ini, Mukhriz Mahathir yang berumur 46 tahun pun hanya menjawat "timbalan menteri".

Jika rejuvenikasi UMNO tidak mengambil tempat, nescaya segala usaha menjadi sia-sia kerana golongan muda tidak dirangsang oleh suara pemimpin muda dalam kerajaan.

Usaha ini pada zaman awal pemerintahan setiap perdana menteri baru, telah memanjangkan hayat pemerintahan Barisan Nasional.

Tindakan kerajaan BN menempatkan orang muda pada tahun 1970an dan awal 1980an adalah ibarat BN diremajakan semula setelah meniti usia tua.

Justeru, kuasa politik UMNO dipanjangkan. Hari ini, disebalik segala laungan, sesungguhnya Malaysia dipimpin oleh kumpulan orang-orang tua yang dipandang tidak releven oleh sesetengah masyarakat pada peringkat tertentu.

Rejuvenikasi belum terlaksana. Ini menentang tradisi!

Malaysia Bakal Sekular Sepenuhnya

Selain membalas jasa DAP yang menyorokkan kisah aktiviti homoseksualnya (walaupun mereka yang dedahkan semasa dia menjawat TPM), Anwar mempunyai sebab lain untuk menentang Islamisasi negara ini.

Sebab itulah dia mendapatkan teman karib dari Indonesia dan Turki.

Indonesia adalah sebuah negara 90% muslim yang berbangga dengan sekularisme yang menjadi dasar pemerintahan mereka melalui pluralisme Pancasila.

Turki merupakan negara 95% muslim yang mempertahankan sekularisme yang diterap oleh Kamal Attarturk dan menentang keras Islamisasi.

Anwar dalam usahanya, mendapati DAP lah yang paling sesuai untuk disekutukan menentang Islamisasi negara ini. Tambahan pula DAP sanggup melacurkan kehormatan mereka demi menentang Islamisasi ini dengan melupakan perbuatan mereka menjatuhkan Anwar dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997.

Kita perlu waspada kerana sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Dewan Rakyat, mereka terlebuh dahulu akan menggantung ahli-ahli Parlimen UMNO seperti mereka menggantung ADUN-ADUN UMNO di Selangor.

Dengan menggantung ahli Parlimen UMNO yang kononnya ketika itu menjadi pembangkang, mereka dapat meminda perlembagaan dan menerapkan sekularisme melalui dasar-dasar yang dirangka.

Anda fikir ini mustahil untuk negara Malaysia yang mempunyai 65% orang Islam? Sesungguhnya Indonesia dan Turki yang mempunyai penduduk Islam lebih 90% telahpun diacu untuk mendiami sebuah negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Undilah Pakatan Rakyat untuk memberikan bala kepada anak cucu kita. Marilah beramai-ramai masuk Parti Ajaran Sesat yang kononya Islam, tetapi hakikatnya sekelompok pengamal 'ajaran sesat' yang mengubah fitrah 'politik berpandukan agama' kepada 'agama berpandukan politik'.